Monday 20 November 2017

GULAI SALAI DE HILIR

alamat : Gulai Salai De Hilir, Lot 3285 Persiaran Delima,
              47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan.

Owner : En. Saharuddin -> 012-228 9262

Well guys, untuk orang2 area selangor kl mesti susahkan nak dapatkan makanan2 basic orang negeri sembilan haha! dengan tagline #sodapbona

Dekat sini korang boleh dapatkan :-


  • Daging Salai Masak Lemak
  • Ayam Salai Masak Lemak
  • Keli Salai Masak Lemak
  • Telur Itik Masak Lemak
  • Asam Pedas Pari
  • Asam Pedas Kembong
  • Ayam Goreng Berempah 
  • Keli Goreng Panas
  • Puruh Goreng Panas
  • Cendawan Kukur! :)



Haa, dalam ni ada set Daging Salai Masak Lomak dengan Asam Pedas Pari


Untuk set goreng tu korg boleh pilih samada nak kuah asam pedas or masak lomak. Masak lemak tu tak de tempoyak tau! much better hehe

Air2 dia kalau nak lain dari yang lain boleh ambik Pink Panther atau Pusodap.. untuk i opkos la Pusodap hehe, gabungan Serai,Lemon, Asam boi, Mint and terakhir Soda. Fantastic! Orang bila kita cakap air tu ada serai semua tak nak rasa..haha dia tak tau air ni disamping menyegarkan, air ni boleh buat kita rasa kurang sejuk. Mmg kena sangat la kan kalau waktu tengahari minum air ni


gambar credit to : sueginola.blogspot.my

Kebetulan, sebelah kedai ni ada kedai cendol beb, adik mana nama Sinta yang ambik order,, comel bangeettttt tp si Sinta ni dah nak pulang ke kampung halaman tak lama lagi sob sob....
Haaa terliur ke tak..Bukan tu je, dorang ada cendol durian, and when i said durian, i mean Durian betul,stok durian dorang tak pernah habis weyh wa cita sama lu, sebab tokey cendol ni jual durian haaha
Fuhh! Kalau nak cerita dari A-Zzz, memang tak habis borak haha

Korang layan la customer review :-












Haaa Kalau korang tak caye lagi,, mai le datang ke Gulai Salai De Hilir 




























Tuesday 14 November 2017

Well mula2 plan nak pergi 6 orang ke Pulau Pangkor, but salah tarikh la, musim hujan pulee. Tambahan lagi Penang banjir weyhh,, #Pray4Penang. Hope orang disana baik2 saje.

So fining punya fining mau kemana dalam masa 2D1N tu, aku pun suggest Melaka, idk why but aku suka suasana org lama tu. and bincang2 kami pun bersetuju ke Melaka, tapi yg confirm 4 orang je haha, biasa leee..tu pun sorg kawan acha and kami tk kenal, but kami jenis okay je dengan sesiapa asal jgn buat teruk dah la hehe 

11/11/2017 -:

Pagi2 tu dapat whatsapp dari cikpika yg acha kena demam teruk hmm, then tak pe la, pergi je la bertiga..  

8.30 am : aku dengan pika menuggu huda, dah la first time weyh jumpa so we expect semua org yg datang dekat dgn kitorg tu huda haha then lama2 tu kitorang mcm tertarik dgn sorg perempuan tu and its Huda, finally..

9.30 am : bus patut sudah sampai sbb tiket bas kami pukul 9.30, tunggu punya tunggu puku 9.45 bas sampai, kitorang just fine je la sbb kitorang jenis tk suka rushing2 and serabut2 kepala,
                                        While waiting the bus...
12.30pm kami sampai Melaka and waiting for my sister's friend to pick us up, then dalam pukul 1 sampai la orangnya, and kami hantar dia balik ke UTEM, sbb kami nak pinjam kereta akak, hehe jimaat, 

after settle tu perkara pertama kami cari adalah stesen minyak, betul2 E dia bagi haha, isi la dalam RM50, terkejut kami dizaman harga minyak ni kami isi RM 50 dan minyak hampir penuh, maybe sbb pakai Atoz je kot hehe. 

2.00 pm - check in hotel, Queenspark hotel, dah la murah and reception dia even lelaki and indian, tp peramah and 'never say no to cust. kami dapat bilik RM130 untuk 4 orang, bilik selesa sangat. kami borak punya borak dalam bilik and pukul 3.00 kami plan nak start our journey.

Kalau boleh kami cuba elakkan perkara cliche yg selalu buat bila datang ke melaka dengan family or from our past journey to Melaka. Instead of kami pi naik cruise, kami lebih pilih untuk jalan kaki.

Jalan punya jalan kami nampak satu kedai ni ada 2 basikal and rate dia RM3/hour and the next hour is RM2. so berbaloi la kan but we only see 2 bicycle, so we asked owner kedai and they said ada lagi satu basikal, and he asked us to wait sbb dorg tengah buat air customer.
                           while waiting..cantik  jugak tempatnya kan

                     after setengah jam lepastu kami dapat kunci and basikal.

Kami berbasikal seluruh kota raya Melaka, even penat sangat tp worth it seriously, macam2 makanan kitorang dapat makan, mcm aiskrim durian even the price is RM4 untuk satu plastik sebesar plastik aiskrim pocong tp rasa dia sedap sangat!! selepas 2 jam kitorang pulangkan basikal sebab dah pancit haha. Sorry boss...
So kami plan tk nak balik hotel dulu, apa guna pi Melaka kalau tak ke Klebang ye dak, kami lepak tepi laut tu sewa kerusi angin tu RM 10 je, tp dorg tak bagi duduk jauh2, takut terbang kot haha. Kami lepak sambil bergambar lee,,,
Scenery dia cantik weyh ibarat laut ditengah bandar gitu


 after that sbb lapar sangat kami cari punya cari kedai makan, kami jumpa Wong Solo, ayam penyet dia kebabom wa citer sama lu, sedap sangat, harga dalam RM 12.90, tk termasuk air. and lepastu pi pasar, kami tk pi jonker walk malam tu sbb dh pergi siang tadi naik basikal hehe. 

balik tu semua mandi2 and pengsan haha, 

Paginya mcm biasa breakfast dkt hotel..

11.00 am kami checkout and decide to pi Melaka Thousand Tales of Adventures. Korang boleh tengok dkt link dkt bawah apa ada dkt situ :-
https://www.youtube.com/watch?v=Ce2-Deg6fV4 

After that kitorang cari Hokkaido Ice Cream dkt Jonker Walk

                            *gambar hiasan sbb kitorang dah ngap dulu hehe

then kitorang pi makan dkt Asam Pedas Selera Kampung, dekat je dengan Melaka Tales adventure tu. Sedap sangat weyh, tah la, aku ni jenis kaki makan, semua yg aku makan aku rasa sedap kecuali ubat batuk haha.  then lepas sesi kenyangkan diri kami pun ke Terminal Bas Melaka Sentral and tunggu akak sampai untuk return kereta..

#dontmesswithmelaka awesomeee






















GULAI SALAI DE HILIR

alamat : Gulai Salai De Hilir, Lot 3285 Persiaran Delima,               47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan. Owner : En. Saharuddin -...